Labels

2.5.11

wedding time..the last..





Sape lg macho..pengapit or pengantin..dah tentu pengapit la..thanx to Iera..my lovely partner..


Akhirnya tiba lah hari yang dinanti2 iaitu tanggal 13 Mac 2011..hari persandingan kedua atau 'hari menyambut menantu' kata org di sebelah pantai timur..

Beberapa jam sebelum pengantin tiba, ahli2 keluarga Suteh Long (keluarga moyang ku) telah bertungkus lumus menyiapkan segala lauk pauk serta keperluan pada hari esok nya krn kami tidak menggunakan khidmat katering. segala juadah disediakan oleh semua cucu cicit keluarga Suteh Long sendiri di bahagian belakang rumah nenda. Diketuai oleh Pak Andak dan koncu2, terdapat pelbagai juadah disediakan utk menyambut kedatangan pengantin perempuan..namun pada malam sebelumnye kami bergotong royong menyediakan sedikit juadah utk 'Org2 masjid dan jiran2 tetangga' yg dtg utk melakukan sedikit 'Bacaan Doa selamat' tanda kesyukuran kami kpd Allah yg telah memberkati majlis kami sehingga ke saatnya. Pada mulanya aku agak kekok utk berada bersama org2 dapur kerana aku tidak terlalu kenal dgn keluarga sebelah ibuku ini..namun mereka lah yg tidak sedikit berasa janggal. aku jg tidak melepaskan peluang utk mengenali mereka dgn lebih rapat..itulah semagat yg kite mahu kan..aku juga turut diberikan peluang utk menyediakan salah satu kawah utk lauk 'dalca dan paceri'..sungguh la teruja kerana pertama kali masak utk ramai org..alhamdulilah..semuanya berakhir pd jam 2 pagi..namun ketua chef mengingatkan utk menjaga kawah2 lauk pauk kerana dia mula berasa sangsi dgn keselamatan kawahan tersebut..mmg benar..ketika jam sudah melabuh ke jam 4..org di dapur mula dikejutkan dgn keadaan yg pelik pada beberapa 'kawah'. ada di antara nya telah menunjukkan tanda2 seperti basi dan buih2 seperti air mendidih perlahan2 timbul sedangkan api sudah lama dimatikan..ape sebbnya..hanya Allah sahaja yg mengetahui-Nya..kami berdoa utk segala nya berjalan lancar utk hari esok.


Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..aku bangun mengejutkan Paksu ku yg tdr disebelahku. Hari ni dia nak naik pelamin..aku pun tp jadi pengapit sahaja. Paksu memberi aku sepersalinan baju melayu bewarna coklat tetapi bertukar di saat-saat akhir kerana Iera, pengapit perempuan tidak mempunyai baju yg bewarna sama..jadi kami membuat keputusan utk memilih warna cream seperti di atas..

Segalanya selesai pada jam 5 ptg dan kami kepenatan kerana tidak cukup tidur dan rehat. walau bagaimanapun semuanya puas dgn segalanya dari dapur sehingga ke sanak saudara yg dtg..semuanya berjalan lancar..Alhamdulilah..selepas asar aku dan cucu cicit Suteh Long bergotong royong sekali lagi utk membasuh segala periuk belanga di dapur..haha..paling best pengantin la..diorg mmg kne buli menggosok dan menyental periuk belanga sehingga putih..pada malamnya, selepas isyak aku mula mengemas bag utk pulang kerana tidak mendapat cuti..selepas bersalaman dgn seluruh ahli keluarga, aku pulang seorg diri tanpa ina kerana dia akn pulang hari berikutnya..walaupun penat, aku berasakan pengalaman yg tak akan ku lupakan sepanjang hidupku kerana dpt menjayakan majlis perkahwinan ini dengan penuh semagat muhibah dan gotong royong antara seluruh ahli keluarga cucu cicit Suteh Long.

Semoga ikatan ukhuwah antara kami sekeluarga tidak akan terputus dan bertambah erat..insyAllah..













No comments:

Post a Comment